♥ MY WORDS ♥
Kadang² Allah hilangkan matahari dan mnurunkan hujan juga petir .puas kita menangis mencari matahari . Rupa² nya Allah ingin menghadiahkan kita pelangi.
Zuliyanie Aniey: ♥ PATUT KAH ♥

♥ PATUT KAH ♥


Bismillahirrahmanirrahim

Patutkah kita berasa tidak puas hati dengan pasangan kita?
Patutkah sebenarnya kita senaraikan perkara-perkara atau kelakuan-kelakuan pasangan kita yang mengguriskan hati kita? 
Bagaimana pula dengan diri kita?
Apakah kita sebenarnya yakin kelakuan atau sifat atau layanan kita terhadap pasangan kita sudah memuaskan hati mereka?

Sebenarnya, kalau kekurangan yang kita cari, maka kekuranganlah yang akan kita dapati pada diri pasangan kita. Bukan sahaja pasangan kita, bahkan sesiapa sahaja yang kita kenali. Kerana sebagai manusia, kita sememangnya sudah diciptakan dengan sifat kekurangan. Jadi mencari-cari apatah lagi menghebahkan kekurangan yang ada pada diri pasangan kita bukanlah perkara yang bijak yang boleh kita lakukan.

Sesungguhnya, bukan kekurangan pada pasangan kita yang menjadi persoalan. Sebaliknya kebijaksanaan pada diri kita bagaimana hendak menerima dan akur dengan kekurangan yang ada pada dirinya serta sebolehnya memadamkan ianya dari penglihatan kita sekaligus menyerlahkan kelebihan yang ada pada dirinya. Kerana dengan penerimaan yang betul, sebuah kekurangan itu bisa menjadi satu kelebihan.

Aku sendiri pernah / masih terbelenggu dalam situasi tidak puashati ini. Akibatnya... aku menjadi murung / makan hati dan yg sewaktu dgnnya. Namun sehari ke sehari... aku terapkan untuk menerima seadanya. Alhamdulillah..hasilnya aku mampu gembira biarpun masih lagi tidak mampu utk lari dr penyakit 'tidak puashati' dgn sepenuhnya



♥ Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Saya ♥


♥ Klik Button Like Jika Suka ♥

2 comments:

cerita best said...

cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html

Unknown said...

okee thank u . nnt i dtg terjah smpai mata lebam . hehehehe :D

Daisypath Happy Birthday tickers
TULIS AYAT COPYRIGHT KORANG KAT SINI