♥ MY WORDS ♥
Kadang² Allah hilangkan matahari dan mnurunkan hujan juga petir .puas kita menangis mencari matahari . Rupa² nya Allah ingin menghadiahkan kita pelangi.
Zuliyanie Aniey: ♥ AKU SEORANG _____ ♥

♥ AKU SEORANG _____ ♥


selamat menjalani solat jumaat wahai kaum ADAM 
tengah² kaum Adam ni solat jumaat , tiba² aku rasa nak update tentang ketabahan 
Yeahh ! aku seorang yang tabah , Tabah menjalani segala dugaan hidup walaupun dalam hati aku sendiri yang merasa sakit nya .
Terima kasih aku ucapkan Kepada MU YA ALLAH
aku percaya , ada hikmah disebalik semua nya nie .
Tadi aku dengar ceramah kat TV dan ayat nya seperti begini
"Allah akan menguji hamba nya sehingga dia kembali kepada NYA"
aku tersentuh dengan ayat . Aku bukan la seperti malaikat , kadang² melakukan kesalahan 
Ya ALLAH ampuni segala dosa ku


Aku tak pernah menyangka . Kesedihan juga mampu mengubah tingkah laku ku .Aku tidak menyangka sama sekali . Perasaan tabah yang aku simpan selama ini lebur juak akhir nya . Aku tak mampu menghalang rintikan jernih yang mula mengalir dipipi . Semakin lama semakin deras . Sederas degupan jantung ku sekarang neh .  Sesesak nafasku menahan tangisan .  Suara ku tak mungkin terlontar dari peti suara yang mulai perih .Aku tidak pernah menyangka ia akan terjadi pada ku . Lain yang d impikan lain yang jadi . Aku xmau berharap . Sekarang aku faham erti HARAPAN . harapan yang sia² yang menyakitkan hati sendiri 


YA ! Aku seorang yang tabah ! Aku perlu kuat menjalani liku-liku hidup ini tanpa menongkat tangan orang lain bagi memimpin aku untuk mengharungi hidup ini . Hidup ini kadang-kala kejam terhadapku . (sebenarnya aku yang tersilap . Hidup tidak pernah kejam . Tetapi aku yang kejam terhadap diri aku) . Aku tersedar bila seorang yang aku sayang pergi tinggalkan aku begitu jak tanpa ada sedikit perasaan pun . aku kecewa !! Kekecewaan aku ari tuh yang buat aku lemah tapi kini aku bangkit dengan kata² semangat kawan yg bagi aku support . Aku perlu bangkit dari kesedihan ini . Kesedihan yang tak pernah aku tahu hujung pangkalnya .Aku perlu keluar dari belenggu ini . Aku perlu melakukannya untuk hidup aku . Kerana aku tahu . Aku seorang pejuang ! Seorang pejuang walaupun bukan d dalam peperangan . Perjuangan hidup ku perlu aku terus kan !!


Aku akan berusaha untuk menjadi seorang pemenang . Kerana aku tahu, walaupun aku kalah pada satu perasaan, aku tetap juak seorang pemenang apabila aku dapat bangkit dari kekecewaan itu . Aku perlu menjadi pemenang, kerana aku mahu buktikan bahawa aku bukanlah pejuang yang senang menyerah kalah . Aku berundur bukan bererti aku mengalah .Tetapi aku berundur demi mencipta sesuatu yang bermakna untuk dijadikan pengajaran . Aku perlu sedar semua tuh . aku yakin aku bolehh ! aku boleh hadapi semua nya


Sedarlah diri ku . Jangan kau di buai perasaan sedih dan kecewa . Lap lah air matamu Zuliani ! Bangkitlah kamu sebagai seorang pejuang yang ingin menuntut kemenangan . Kemenangan yang bermakna buat dirimu . Bangun lah semangat ku . Kerana engkaulah pendampingku yang nombor satu . Wujudmu dalam diri ku membantu aku menghadapi hari-hari sukar . Senyumlah bibirku . Semoga senyumanku bakal menenangkan hati mereka yang melihat kejatuhanku, yang juga membantu memberi sokongan pada diriku . Akhir sekali . Pergilah kau sengsara .Aku perlu bangkit untuk diriku . Kerana aku seorang pemenang .

Itu la aku , aku seorang yang tabah . Tabah seperti mak ku ! TErima kasih juga aku ucap kan tuk Encik Ambie sebab ajar aku untuk jadi orang yang bersabar . Perubahan yang dalam diri ku . Dulu aku cepat mengalah , Tapi kini aku kuat . Aku yakin semua nya akan berubah suatu hari nanti . In Shaa Allah 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan"
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Allah uji hambaNya dengan pelbagai ujian dan yang pasti Allah tahu, dan Allah tak akan uji seseorang itu di luar kemampuannya kan?
ada orang di uji dengan SAKIT, dengan HARTA, ILMU PENGETAHUAN, MUSUH dan lain2 lagi. tapi itu untuk melatih kita. jadi orang yang sabar dan beriman :)

seseorang yang dikatakan benar-benar menghayati erti kesabaran adalah apabila saat dirinya diuji, dia akan berasa lapang.

Cara ku , bila merasa sempit, nangis laju2. haha. kan air mata tu dapat melegakan perasaan orang. insyaAllah. kembali pada Allah. Allah maha mengetahui.

ermm. SABAR, senang diucapkan tapi kadang2 susah diamalkan.

ingatan buat diri sendiri,

wallahualam,
Firman Allah s.w.t: “Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” [Surah Al-Baqarah, ayat 153]

"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: " Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Surah al-Baqarah ayat 250)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Saya ♥


♥ Klik Button Like Jika Suka ♥

No comments:

Daisypath Happy Birthday tickers
TULIS AYAT COPYRIGHT KORANG KAT SINI